maaf andai coretan ku kali ini bisa membuatmu semakin gelisah
ingin sekali aku mengetahui
apakah yang tersirat dilubuk hatimu
apakah yang kau cari dan
apakah yang kau mahukan dalam perjalanan hidupmu
persoalan ini sentiasa bermain di minda ku kebelakangan ini
dan aku pasti ia takkan terjawab sampai kapan pun
biarlah ia terbang di bawa angin lalu
menjawab kepada soalanmu tempoh hari
"kenapa ko sayang aku?"
haruskah sesebuah kasih sayang itu memerlukan alasan?
bagi aku kasih yang ikhlas
tak perlukan pelbagai alasan
yang bisa menconcang jiwa wanitamu
yang bisa membuatmu berada di awang-awangan
kerana alasan2 itu hanya lahir dari sebuah kata2
yang datangnya entah dari mana
aku tidak mencintaimu kerana cantik paras rupamu
aku tidak menyayangimu kerana nafsu serakahku
aku tidak mengasihimu kerana kelebihanmu
semuanya padamu takkan kekal abadi
rupa yang cantek akan dimamah usia
nafsu akan mati bila tiba masanya
kelebihanmu hanyalah pinjaman dariNYA
aku mendampingimu kerana TUHANKU dan AGAMAKU
hanya DIA yang kekal
dan agamaku mengagongkan wanita




No comments:
Post a Comment