Wednesday, January 7, 2009

dia..

kehadirannya persis bayang bg dirinya.. haruskah aku menerima huluran cinta dari dirinya yang kulihat sama dgnnya..99% same!!
huh..adakah itu bidadari yang bakal mewarnai kehidupan ku selepas ini? walaupun aku sedar dia bukan dirinya.. tp adakah persamaan itu adalah pengganti dariNya?

Monday, December 29, 2008

ntah

apa yg ku rasa hingga saat ini? mengapa rasa ini harus terus meniti di tiap2 detik nadiku?
smpai bila aku harus begini...terus mengharap pada ntah?

Tuhan, bantulah aku...
andai masih ada lagi cinta di hatinya untuk ku
Kau kuatkan la aku tuk terus menanti
dan andainya cinta itu tak kan terwujud lagi untuk ku
Kau bawalah aku jauuh dari perasaan ini

Saturday, December 27, 2008

sebulan sudah

semakin jauh aku pergi
semakin tinggi rindu buat dirinya
mengapa rindu ini datang lagi?
adakah kau jua merindui ku saat dan tika ini
puas ku pendam
penat ku usir rindu itu
ingin ku luah pasti sakit sendiri
tapi siapalah aku untuk menghalang kedatangannya

rindu..
kupinta dari mu penuh hormat
pergilah kau membawa dirimu jauh dari jiwa ku
cukuplah hanya setakat ini siksanya aku tika kau bersamaku
aku hanya insan yg maha lemah
tak berdaya
ombak mu terlalu kuat menghentam diriku
bimbang aku lemas mencari daratan
aku merayu padamu rindu
bawalah dirimu
biarkan aku hidup tanpa dirimu yang setia menemani ku
kerana kesetiaanmu hanya menampah parah dilukaku
pergila rinduku...................................................

Friday, November 28, 2008

Idup BAik-baik sayangku

Bersama titipan kenangan
Pahit dan indah di bumi lembah ini
Aku kuatkan kaki untuk melangkah pergi
Tiada apa yang menghalang ku di sini
Tiada apa yang menantiku di sana

Di saat kau membaca tulisan ini
Tiada lagi lembah ini ku jejaki
Maafi aku jika aku takkan pernah wujud lagi
Untuk keperluanmu
Bukan ini yang aku inginkan
Tapi inilah harapanmu buatku

Kutinggalkan memori
Penuh suka dan duka bersamamu
Agar lebur seperti leburnya ia di minda dan hatimu
Ku tinggalkan dirimu
Dalam penuh kepayahanku
Agar kau selesa di situ
Kutinggalkan blog ini
Untuk tatapan dirimu
Walau ia takkan pernah berubah selepas ini
Tiada lagi coretan yang mampu mengembalikan kita seperti dulu

Tetaplah hati mu begitu
Keras dan kaku untuk ku
Aku takkan ada lagi dalam cerita hidupmu

Bersama titisan air mata
Dan keping-keping hati
Aku teruskan perjalanan
Tenggelam dalam pekat malam
Kesejukan bermandikan embun
Jauh dan semakin jauh dari lembah ini
Pasti ini berita paling menggembirakanmu

Biarlah aku lemah dimatamu
Kerana lari dari semua tentangmu
Asalkan kau kuat dan bahgia
Tanpa diri, cinta, kasih, sayang dan rinduku
Inilah pengorbanan paling besar untukmu
Pengorbanan hati dan perasaanku
Ku bakar menjadi debu
Lalu ku biar ia terbang di sepanjang perjalananku

Andai ku tahu sayang itu menyakitkan
Pasti tidakkan ku dekati ia
Andai ku tahu benci itu takkan terpadam
Pasti aku takkan tukarkan ia
Andai ku tahu hatimu bukan untukku
Pasti aku takkan dekati ia
Andai ku tahu kau tak ingin lagi
Menjadi bidadariku di sana
Pasti ku halang kau berjanji dulu
Andai ku tahu ada cinta lain yang kau damba
Pasti aku takkan persia tahun-tahunmu bersamaku

Tiada kata yang mampu terlafaz
Hanya kepedihan yang bersarang
Tiada apa yang dapat diharap lagi
Hanya sekeping iman dariNYA

Kau teruslah berbahagia
Aku pergi bukan untuk kembali
Aku percaya kau mampu memiliki hati suci
Sempurna seperti yang kau harapkan
Moga kau takkan jumpa lagi insan zalim dan kejam sepertiku

Akhirnya aku sedar jua
Cintaku tak agung
Dan janji itu takkan kekal

Kini
Ku teruskan impian kita sendirian
Biarlah bidadariku menarik diri dan pergi
Membiar kosong tempat itu di sisiku
Tiada lagi bidadariku yang bakal menemaniku
Aku hanya mampu melihatnya tertawa
Disamping para-para dambaannya
Ceria dan bahgia...

Selamat tinggal sayangku

Penuh PERSOalan


maaf andai coretan ku kali ini bisa membuatmu semakin gelisah
ingin sekali aku mengetahui
apakah yang tersirat dilubuk hatimu
apakah yang kau cari dan
apakah yang kau mahukan dalam perjalanan hidupmu
persoalan ini sentiasa bermain di minda ku kebelakangan ini
dan aku pasti ia takkan terjawab sampai kapan pun
biarlah ia terbang di bawa angin lalu
menjawab kepada soalanmu tempoh hari
"kenapa ko sayang aku?"
haruskah sesebuah kasih sayang itu memerlukan alasan?
bagi aku kasih yang ikhlas
tak perlukan pelbagai alasan
yang bisa menconcang jiwa wanitamu
yang bisa membuatmu berada di awang-awangan
kerana alasan2 itu hanya lahir dari sebuah kata2
yang datangnya entah dari mana
aku tidak mencintaimu kerana cantik paras rupamu
aku tidak menyayangimu kerana nafsu serakahku
aku tidak mengasihimu kerana kelebihanmu
semuanya padamu takkan kekal abadi
rupa yang cantek akan dimamah usia
nafsu akan mati bila tiba masanya
kelebihanmu hanyalah pinjaman dariNYA
aku mendampingimu kerana TUHANKU dan AGAMAKU
hanya DIA yang kekal
dan agamaku mengagongkan wanita

Monday, November 24, 2008

sLamAt Ulang BulaN KelaHiran...







slaMAt ulang bulan kelahiran buat dirimu.. 24 nov 2008.. bulan ke baper ek?? bulan ke 297!!


doaku agar dikau sentiasa sihat walafiat hingga ujung nyawa dikau.. moga kejayaan, keceriaan, kebahgian, keredhaan, rahmat serta nikmat dari NYA tak jemu2 mengiringi dikau..


wif luv,
me, myself n mine

Saturday, November 22, 2008

meaniNgFul..



Jika aku mampu
Memetik bintang-bintang untukmu
Akan ku selalu bahagia
Kan kupetik satu
Yang terindah di angkasa ini
Kusaji dalam hatimu

Kan kuberikan segalanya
Kan kuserahkan semuanya
Tapi jangan pintaku
Jadi dirinya
Jika aku mampu
Dapat beri apa yang kau mau
Pasti kau tetap di sini
Menemani aku dalam hebatnya badai hatiku
Dalam kenyataan hati
Tak seindah yang aku harap

Semua bisa aku lakukan
Lebih dari yang dia beri kau
Kumohon jangan anggap aku dirinya



 
Dear Diary Blogger Template